Ayat-ayat Cinta….
Cinta itu seperti sinar matahari,
Memberi tanpa mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari,
Tidak memilih siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari,
Yang memberi kehangatan di hati.
Orang yang paling mencintaimu,
Adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu,
Kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya.
Dan suatu masa,
Apabila dia hilang dari pandanganmu,
Kamu akan menyedari,
Bahawa dia adalah cinta yang tak pernah kamu sedari.
Cinta itu harus ditujukan,
kepada yang paling layak menerimanya.
Diberikan kepada,
Yang pandai membalas cinta.
Cinta itu harus menyeluruh,ikhlas dan jujur..
Dan sebaik-baik sasaran cinta hanyalah ALLAH S.W.T.
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
dan dimana terciptanya cinta,
disitu rindu bermula…
Cinta tidak pernah meminta,
tetapi memberi separuh rela,
rasa bahagia mahupun sengsara,
berkorban segala-galanya…
Semua kerana cinta,
Yang pahit manis dirasa,
Penghibur nestapa,
Merawat duka,
Damai di jiwa…
Cinta itu umpama sinar,
Terlalu terang bisa menyilaukan,
Terlalu redup bisa membutakan dengan kegelapannya…
Cinta itu umpama air,
Terlalu deras menghanyutkan…
Cinta itu umpama api,
Terlalu panas menyakitkan…
Cinta itu bagaikan udara,
Tak bernyawa,tak berwujud dan tak berasa…
Kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu…
Semakin banyak cinta yang kamu beri,
Semakin banyak yang akan kamu terima…
Mencintai,
Sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri…
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan…
Untuk mencari cinta sejati,
Kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu…
Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,
Tapi lebih bererti apabila bersama-sama melihat ke satu tujuan…
Untuk mencintai seseorang seutuhnya,
Kamu harus mencintai keperibadiannya,
Bukan fizikalnya…
Cinta yang disemadikan,
Tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali…
Hati yang remuk,
Kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi…
Jiwa yang pasrah,
Bertukar haluaun selagi esok masih ada…
Parut yang lama,
Pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Ia lahir dari dua perasaan…
Kehadirannya tidak diundang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana cinta terlalu sukar untuk di mengertikan…
“Aku masih mencium bau syurga.
Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya.
Disana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya,
Dan menunggumu untuk bercinta…
Memadu kasih dalam cahaya kesucian,
Dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”
0 comments:
Post a Comment